Ahad, 8 Februari 2015

PILIHAN ? TERUS BERGELUMANG DENGAN DOSA



Alhamdulillah untuk pagi yang indah ini…
Alhamdulillah juga segala nikmat yang telah diberikaNya…

Jika diri ini mampu memilih semudah memetik jari alangkah senangnya hidup ini
Hari ini diri ini telah memilih untuk hidup bergelumang dalam dosa. Sehingga hari ini masih tiada jawapan yang pasti dari dirinya.

Entah apa lagi harus dilakukan…apalah daya lagi diri ini mampu lagi lakukan,
Hendak memaksa…sudah dewasa
Hendak  menasihati…puas sudah diri ini
Hendak bercakap tentang dosa pahala...kau sendiri lebih mengerti

Buat masa ini cukuplah sekadar doa yang mampu diri ini iringkan agar satu hari dirimu sedar apa yang kita lakukan selama ini dosa..dan…dosa tetap dosa.

Mungkin mati yang kau fikirkan…tapi sebelum mati dosa dirimu tak fikirkan?


APAKAH DIRIMU & DIRIKU SUKA DIGELAR AHLI MAKSIAT ?
Bantu lah dirimu dan diriku…Daripada Ahli Maksiat kita tukarkan kepada Ahli Syurga 




Selasa, 27 Januari 2015

(PEMBERIAN) Roti, telur,lada sulah dan Bekas Milo

Assalamualaikum..salam pagi rabu…Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk terus beramal dan menebus kesilapan lepas.

Hari ini dapat nak cerita sikit pasal pemberian. Kebiasaanya jika kita menerima pemberiaan apa yang kita lakukan? Ucaplah Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) tidak kira lah pemberian itu baik atau tidak.Sebenarnya baik atau buruk sesuatu pemberian itu angganplah ianya ujian dariNya. Jika baik ujiannya agar kita tidak terus lalai dari bersyukur  jika buruk agar kita terus bersabar dan memohon kepadaNya ya.


Terima Kasih kepada si pembuat roti, telur, lada sulah dan bekas milo…In Sha Alllah hari-hari makan ni pon tak pe…

moga dilembutkan & dibuka hatinya 1 hari nanti

Sabtu, 24 Januari 2015

Si Ayah...

Assalamualaikum… salam pagi ahad, hari pertama naik kije untuk negeri  Johor.
Macam biasa hari ni, bawak bekal nak jimat…siap-siap terus pergi keje.Tapi hari ini jumpa sesuatu benda yang tak selalu kita dapat lihat….

Tengah duduk lepak minum kat kantin sambil hirup teh tarik nampak satu situasi yang jarang kita dapat lihat pada hari ini.Seorang ayah sedang  menunggu anaknya nak masuk ke kelas, anaknya bersekolah darjah satu tahun ni. Anaknya ke hulu ke hilir asyik bermain, si ayah hanya memerhatikan.

Loceng pun berbunyi,  diambil beg sekolah anaknya lalu disandangkan di bahu anaknya. Murid-murid pun mula sibuk masuk ke tapak perhimpunan mencari barisan kelas masing-masing.Ibu bapa lain sudah mula pulang setelah anak mereka mula berbaris.

Berbeza dengan bapa kepada murid tadi, dia terus menunggu, matanya hanya memerhatikan segala pergerakkan dan tingkah laku anaknya sahaja di dalam barisan perhimpunan, seperti tiada benda bernyawa di sekelilingnya.Selesai sahaja perhimpunan murid masuk ke kelas masing-masing.Dari jauh si bapa tadi masih memerhati sehinggalah si anak melambai dalam perjalanan untuk masuk ke kelas barulah si bapa mula tersenyum dan beredar.

Apa yang dilihat hari ini adalah sesuatu benda amat sukar dan jarang-jarang sekali kita mampu lihat….mungkin ibu yang selalu kita lihat mampu berbuat demikian..tapi untuk seorang lelaki yang bergelar bapa ? untunglah si anak…Wahai si anak…mungkin bapamu tidak mampu menjadi seperti yang kau inginkan…tapi percayalah dia jika dapat ditukarkan nyawanya dengan kebahagianmu…itu pun si bapa sanggup lakukan…

In sha Allah… mula didik hati ini untuk menjadi seorang bapa yang mampu membawa keluarganya bahagia dunia dan akhirat..Amiin….

Seperti biasa terus berdoa semoga terbuka pintu hatinya…amiin…


baju merah tu abah saya :)




Apa yang kau takutkan ?

Hari ini, sama seperti hari - hari sebelumnya...masih terus mencuba..tapi..masih ada belum jawapan darinya... :(

Apa yang kau takutkan hafizi ?
Apa saya takutkan....erm...Dosa...

Hari ini fizi masih dihidupkan atas sebab apa ya? pernah tak terfikir ?
Itu lah fakta yang saya dan semua harus terima...aku dihidupkan sehingga ke hari ini atas dosa - dosa ku yang masih lagi terkumpul, menimbun nimbun....banyaknya.

Peluang yang masih ada ni apa yang perlu aku buat? pernah tak terfikir ?
Sama..dan terus sama. Terus melakukan dosa walaupun masih diberi peluang.

Aku perlu kuat...melawannya..
Tapi aku perluan bantuan mu ya Rabb...

Sesungguhnya Allah S.W.T takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kau tinggalkan semua ini kerana Allah S.W.T semata,
YAKINLAH...
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiranya nnt...

Semoga satu hari nanti terbuka pintu hatinya.....




:(







Selasa, 13 Januari 2015

Aku Lemah

Indahnya hidup bersyariat...in sha Allah tiba masanya.Hari ini ambil cuti sebab kepenatan menguruskan pendaftaran anak - anak orang nak masuk sekolah, itu yang berkesempatan menulis hari ini.

Ya Allah lemahnya hambamu ini ya Allah. Hari ini dan hari seterusnya akan terus berlalu, tapi aku tetap orang sama, lemah.Aku tahu hari ini dan hari seterusnya aku melakukan perkara yang sama, tapi....aku lemah terus merelakannya...

Ya Allah aku hamba ini tahu ianya berdosa , tapi aku masih berat untuk meninggalkanya. Ya Allah hambu ini lemah bantu lah hambu mu ini Ya Rabb.

Ya Allah, Ya Latiff...lembutkan kan pintu hatinya, ahli keluarganya dan ahli ahli keluargaku untuk mempermudahkan & menyegerakan urusan kami ini ya Allah, kerana setiap hari bersamanya daripada dosa dapat aku tukarkannya menjadi pahala dan berkah dan daripada mengingatinya menjadikan aku lalai menjadi mengingatinya semakin aku dekat padamu ya Allah...


Selasa, 6 Januari 2015

Cukuplah Sekadar Doa

Assalamualaikum...slmt menyambut tirai 2015 dengan azam & semangat baru.Baru - baru ini terjadi pelbagai musibah di negara kita dan termasuk diri ini juga, anggaplah ianya ujian dari Allah S.W.T untuk menguji seteguh mana iman hamba - hambanya
Genap 13 / 12 / 2014 bermula kehidupan baru untuk ku & dirinya...tempoh yang diberi oleh ibubapanya 1 hingga 2 tahun.Tak banyak aku mampu aku katakan kerana aku aku sedar jarak umur kami terlalu berbeza dan memandangkan dirinya ingin melanjutkan pelajaran di madrasah hafizah aku terima segala permintaan keluarganya dengan redha.

Baru termetrai sahaja ikatan ini diri ini telah dihadiahkan dengan satu ujian.Terima kasih ya Allah S.W.T  .Aku tau ujian ini peringatan untuk diriku sendiri.

Aku sedar ikatan ini bukan lah satu Lesen Besar untuk aku berbuat segalanya. Aku tahu ikatan ini tujuan sebenarnya adalah untuk melihat kemampuan diri ini sendiri untuk berlawan dengan segala hawa nafsu.Langkah pertama yang harus & terpaksa aku lakukan ialah mengurangkan perhubungan dari segi mesej, call atau berjumpa.Memang berat untuk dilalakukan tetapi terpaksa dilakukan untuk kebaikan bersama.Hampir setiap malam jari jemari tangan ini resah ingin menulis ayat - ayat dalam whatapps hehehe...kadang - kadang dalam hati ini juga selalu terdetik hendak bertanya dia buat apa,sihat ke tidak, dah solat & ngaji tetapi terpaksa juga aku tinggalkan. Matlamat tidak menghalalkan cara ya ! jangan ingat tanya pasal agama boleh kau jadikan sebab untuk berhubung, peringatan untuk diri sendiri. Aku tahu di saat ini dirinya memerlukan seseorang yang boleh memberi perhatian kepanya, seseorang yang mampu ada setiap kali dia ingin meluahkan perasaannya. Minta maaf nur...buat masa ini semua perhatian mu harus ku abaikan, buat masa ini aku terpaksa diam dari mendengar luahan mu...kerana aku tahu...Bila Aku Tinggalkan Sesuatu Untuk Jalan Allah S.W.T Permulaannya Memang Perih Tetapi Pengakhirnya Kemanisan Yang Berpanjangan..dan yang dapat dapat ku lakukan ketika ini memerhati dan CUKUPLAH SEKADAR BERDOA....

( in sha allah 1 hari nanti)



Selasa, 30 Disember 2014

Simpanlah ia untuk sesuatu yang lebih indah

Matlamat tidak menghalalkan cara...assalamualaikum...dah lama rasanya tak menulis...rindu rasanya nk menaip harini...sbgai manusia biasa diri ini tidak terelak dari melakukan kesilapan.Banyak perkara yg boleh dikupas dr tajuk ini.Salah satu nya brkaitan kehidupan sblum menuju yang halal.Dalam kehidupan seharian sebelum menuju utk disatukan pelbagai dugaan akan kita tempuhi dan salah satu nya adalah mnjga batas.Ini merupakan perkara yg amat sukar utk kita jaga.Kadang-kadang kita rasakan sesuatu yg kita lakukan adalah bersandarkan agama sbgai contoh seperti si wanita bersedih dan si lelaki merasakan atas dasar sesama islam ingin membantu lalu berhubung sehingga menyebabkan kedua duanya saling lalai adakah ia nya layak dipanggil aku membantunya kerana saudara sesama islam & kerana allah ? Jika benar kau ingin membantunya mengapa kau melalaikanya? Mengapa kau sibukkan dirinya dgn urusan dunia? Wahai pasangan yg brcinta di luar sana trmasuk diriku juga..jagalah batas mu...jika benar kamu saling menyayangi..sayangilah dia kerana allah...cukup lah sekadar DOA untuk masa ini...doa...doa & truslah brdoa...

( jaga dirimu cahaya sblum tiba masanya)