Assalamualaikum… salam pagi ahad, hari pertama naik kije
untuk negeri Johor.
Macam biasa hari ni, bawak bekal nak jimat…siap-siap terus
pergi keje.Tapi hari ini jumpa sesuatu benda yang tak selalu kita dapat lihat….
Tengah duduk lepak minum kat kantin sambil hirup teh tarik nampak
satu situasi yang jarang kita dapat lihat pada hari ini.Seorang ayah sedang menunggu anaknya nak masuk ke kelas, anaknya bersekolah
darjah satu tahun ni. Anaknya ke hulu ke hilir asyik bermain, si ayah hanya
memerhatikan.
Loceng pun berbunyi, diambil beg sekolah anaknya lalu disandangkan
di bahu anaknya. Murid-murid pun mula sibuk masuk ke tapak perhimpunan mencari
barisan kelas masing-masing.Ibu bapa lain sudah mula pulang setelah anak mereka
mula berbaris.
Berbeza dengan bapa kepada murid tadi, dia terus menunggu,
matanya hanya memerhatikan segala pergerakkan dan tingkah laku anaknya sahaja
di dalam barisan perhimpunan, seperti tiada benda bernyawa di
sekelilingnya.Selesai sahaja perhimpunan murid masuk ke kelas
masing-masing.Dari jauh si bapa tadi masih memerhati sehinggalah si anak
melambai dalam perjalanan untuk masuk ke kelas barulah si bapa mula tersenyum
dan beredar.
Apa yang dilihat hari ini adalah sesuatu benda amat sukar
dan jarang-jarang sekali kita mampu lihat….mungkin ibu yang selalu kita lihat
mampu berbuat demikian..tapi untuk seorang lelaki yang bergelar bapa ?
untunglah si anak…Wahai si anak…mungkin bapamu tidak mampu menjadi seperti yang
kau inginkan…tapi percayalah dia jika dapat ditukarkan nyawanya dengan kebahagianmu…itu
pun si bapa sanggup lakukan…
In sha Allah… mula didik hati ini untuk menjadi seorang bapa
yang mampu membawa keluarganya bahagia dunia dan akhirat..Amiin….
Seperti biasa terus berdoa semoga
terbuka pintu hatinya…amiin…
baju merah tu abah saya :)