Sabtu, 24 Januari 2015

Si Ayah...

Assalamualaikum… salam pagi ahad, hari pertama naik kije untuk negeri  Johor.
Macam biasa hari ni, bawak bekal nak jimat…siap-siap terus pergi keje.Tapi hari ini jumpa sesuatu benda yang tak selalu kita dapat lihat….

Tengah duduk lepak minum kat kantin sambil hirup teh tarik nampak satu situasi yang jarang kita dapat lihat pada hari ini.Seorang ayah sedang  menunggu anaknya nak masuk ke kelas, anaknya bersekolah darjah satu tahun ni. Anaknya ke hulu ke hilir asyik bermain, si ayah hanya memerhatikan.

Loceng pun berbunyi,  diambil beg sekolah anaknya lalu disandangkan di bahu anaknya. Murid-murid pun mula sibuk masuk ke tapak perhimpunan mencari barisan kelas masing-masing.Ibu bapa lain sudah mula pulang setelah anak mereka mula berbaris.

Berbeza dengan bapa kepada murid tadi, dia terus menunggu, matanya hanya memerhatikan segala pergerakkan dan tingkah laku anaknya sahaja di dalam barisan perhimpunan, seperti tiada benda bernyawa di sekelilingnya.Selesai sahaja perhimpunan murid masuk ke kelas masing-masing.Dari jauh si bapa tadi masih memerhati sehinggalah si anak melambai dalam perjalanan untuk masuk ke kelas barulah si bapa mula tersenyum dan beredar.

Apa yang dilihat hari ini adalah sesuatu benda amat sukar dan jarang-jarang sekali kita mampu lihat….mungkin ibu yang selalu kita lihat mampu berbuat demikian..tapi untuk seorang lelaki yang bergelar bapa ? untunglah si anak…Wahai si anak…mungkin bapamu tidak mampu menjadi seperti yang kau inginkan…tapi percayalah dia jika dapat ditukarkan nyawanya dengan kebahagianmu…itu pun si bapa sanggup lakukan…

In sha Allah… mula didik hati ini untuk menjadi seorang bapa yang mampu membawa keluarganya bahagia dunia dan akhirat..Amiin….

Seperti biasa terus berdoa semoga terbuka pintu hatinya…amiin…


baju merah tu abah saya :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan