Selasa, 6 Januari 2015

Cukuplah Sekadar Doa

Assalamualaikum...slmt menyambut tirai 2015 dengan azam & semangat baru.Baru - baru ini terjadi pelbagai musibah di negara kita dan termasuk diri ini juga, anggaplah ianya ujian dari Allah S.W.T untuk menguji seteguh mana iman hamba - hambanya
Genap 13 / 12 / 2014 bermula kehidupan baru untuk ku & dirinya...tempoh yang diberi oleh ibubapanya 1 hingga 2 tahun.Tak banyak aku mampu aku katakan kerana aku aku sedar jarak umur kami terlalu berbeza dan memandangkan dirinya ingin melanjutkan pelajaran di madrasah hafizah aku terima segala permintaan keluarganya dengan redha.

Baru termetrai sahaja ikatan ini diri ini telah dihadiahkan dengan satu ujian.Terima kasih ya Allah S.W.T  .Aku tau ujian ini peringatan untuk diriku sendiri.

Aku sedar ikatan ini bukan lah satu Lesen Besar untuk aku berbuat segalanya. Aku tahu ikatan ini tujuan sebenarnya adalah untuk melihat kemampuan diri ini sendiri untuk berlawan dengan segala hawa nafsu.Langkah pertama yang harus & terpaksa aku lakukan ialah mengurangkan perhubungan dari segi mesej, call atau berjumpa.Memang berat untuk dilalakukan tetapi terpaksa dilakukan untuk kebaikan bersama.Hampir setiap malam jari jemari tangan ini resah ingin menulis ayat - ayat dalam whatapps hehehe...kadang - kadang dalam hati ini juga selalu terdetik hendak bertanya dia buat apa,sihat ke tidak, dah solat & ngaji tetapi terpaksa juga aku tinggalkan. Matlamat tidak menghalalkan cara ya ! jangan ingat tanya pasal agama boleh kau jadikan sebab untuk berhubung, peringatan untuk diri sendiri. Aku tahu di saat ini dirinya memerlukan seseorang yang boleh memberi perhatian kepanya, seseorang yang mampu ada setiap kali dia ingin meluahkan perasaannya. Minta maaf nur...buat masa ini semua perhatian mu harus ku abaikan, buat masa ini aku terpaksa diam dari mendengar luahan mu...kerana aku tahu...Bila Aku Tinggalkan Sesuatu Untuk Jalan Allah S.W.T Permulaannya Memang Perih Tetapi Pengakhirnya Kemanisan Yang Berpanjangan..dan yang dapat dapat ku lakukan ketika ini memerhati dan CUKUPLAH SEKADAR BERDOA....

( in sha allah 1 hari nanti)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan